Isnin, 15 November 2010

Pembelian Perumahan


Program Rumah Mampu Milik
Melalui Program Rumah Mampu Milik (RMM), rumah-rumah yang dibina adalah rumah kediaman tiga bilik tidur dan dilengkapi kemudahan dua bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa.SPNB bertanggungjawab membangunkan projek perumahan dengan membina jenis rumah berikut:
Rumah Kos Rendah
Rumah Kos Sederhana Rendah
Rumah Kos Sederhana
No.
Jenis-jenis Rumah
Keluasan Lantai*
Harga
(Semenanjung)**
Harga
(Sabah & Sarawak)**
1.
Kos rendah
700 kps
Dari RM35,000
Dari RM50,000
2.
Kos sederhana rendah
750 kps
Dari RM50,000
Dari RM70,000
3.
Kos sederhana
800 kps dan ke atas
Dari RM80,000 
Dari RM100,000
*  Tertakluk kepada pindaan
** Tertakluk kepada terma dan syarat

SPNB juga membangunkan jenis rumah berkembar, rumah banglo and rumah kedai bagi memenuhi permintaan pasaran.
Mengenai Program Rumah Mampu Milik

Rumah-rumah di bawah Program RMM adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali bagi rumah jenis Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah di mana pemilikan rumah adalah tertakluk kepada Kerajaan Negeri.
SPNB menggunapakai kelayakan yang disyaratkan oleh Kerajaan Negeri dan menggariskan tiga (3) syarat penting yang harus dipenuhi oleh para pembeli Rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah iaitu:

Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun
Tidak memiliki rumah atau tidak memiliki sebarang tanah yang boleh didirikan rumah di mana-mana tempat di
Malaysia
Pendapatan pemohon tidak melebihi daripada pendapatan maksima yang ditetapkan

Namun begitu, syarat kelayakan dan harga jualan untuk Rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah adalah berbeza bagi setiap negeri.

Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab memilih pemohon yang layak dan mengemukakan senarai nama pembeli yang layak kepada SPNB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan